Saturday, December 19, 2009

Asal usul lovebirds / burung cinta

Salam,

Sedikit info tentang lovebirds. Lovebirds berasal daripada benua Africa yang mana mempunyai 10 spesis dan 9 spesis boleh dipelihara namun kebelangkan ini ramai peminat lovebirds telah membuat kajian mempelbagaikan warnanya dan sehingga kini lebih kurang 38 variasi warna telah wujud. Haiwan kecil ini telah di selidiki oleh beberapa penyelidik eropah seperti Dr. G.A Fischer semasa explorasi beliau ke tasik victoria.

Lovebird pertama yang di bawa masuk ke Eropah adalah sekitar kurun ke 19 masihi dan telah dibiakan menjadi haiwan peliharaan serta dikomersialkan. Kerana mudah untuk dijinakan maka ramai peminat-peminat burung cinta ini mula berlumba-lumba untuk memperbagaikan variasi warna kerana warna lovebirds memainkan peranan yang besar terhadap harganya di pasaran.

Harga lovebirds ini bergantung kepada tahap kecantikan warna serta kejinakannya dimana harga pasaran di eropah memncecah USD50 - USD 250. Di malaysia harga lovebirds adalah sekitar RM200 - RM 1000 sepasang. Burung ini dijual berpasangan kerana mengikut habitat asalnya lovebirds tidak akan hidup lama jika bersendirian dan sebab itu dinamakan "LOVEBIRDS" burung cinta.

DiMalaysia burung ini tidak memerlukan lesen peliharaan kerana bukan "rakyat tempatan" dan dinegara2 pembekal juga tidak mengenakan apa2 syarat untuk peminat2 memeliharanya. Tapi awas jika anda memelihara burung tempatan seperti murai gajah, serindit, bayan ( semua spesis bayan tempatan )dan spesis burung yg dilindungi anda perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu kerana sabit kesalahan anda boleh didenda sehingga RM3000.00. Jadi jika anda peminat burung peliharaan adalah elok jika anda bermula dengan memelihara Lovebirds.

No comments:

Post a Comment